Baru Berusia 6 Tahun, Anak Vivy Yusof Beri Duit Simpanan Untuk Beli Mainan Kepada Mangsa Banjir

Baru-baru ini usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Ibu kepada empat orang anak ini memaklumkan dia sering berkongsi pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian bencana banjir yang telah melanda negara dengan menunjukkan video situasi terkini.

Setelah menunjukkan video terbabit, anaknya bernama Mariam, 6, meninggalkan biliknya dan datang semula membawa dompet.

Vivy berkata Mariam memberikan kesemua duit yang ada di dalam dompetnya dan duit itu merupakan duit simpanan Mariam untuk membeli mainan.

Mariam berkata kepadanya bahawa mangsa yang terjejas banjir lebih memerlukan duit itu darinya.

 

Duit simpanan Mariam yang berjumlah RM220 itu dimasukkan ke dalam tabung derma My Fund Action yang bekerjasama dengan syarikat miliknya iaitu The Duck Group.

Menurut Vivy, dia sangat bangga dikurniakan seorang anak seperti Mariam.

“Walaupun badan kecil tapi berjiwa besar”

Rata-rata warganet yang melihat hantaran itu berasa tersentuh dengan tindakan Mariam dan memuji cara Vivy membesarkan anak-anaknya.

 

Arfah