2 Minggu Tidak Bertemu & Menanggung Rindu, Sharnaaz Ahmad Peluk Erat Jebat Jayden Usai Balik Umrah

Setelah dua minggu tidak bertemu, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menyentuh hati ramai warganet selepas mempamerkan dirinya memeluk erat anak kesayangannya, Jebat Jayden seusai pulang dari umrah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Jayden kelihatan begitu manja berada dalam dakapan seolah-olah terubat rindunya untuk bertemu bapanya, Sharnaaz.

“Above All.. My Love Jebat Jayden,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang rata-ratanya gembira melihat pertemuan semula dua beranak itu.

“You might actually not succeed as a husband *yet*.. But as a protector -responsible-loving father… You’re actually THE WINNER. You deserved that. Jebat is so lucky to have you. Salute.

“Jebat dah balik ke pangkuan baba ke?

“Manja baba.

“Manjanya anak Penang ni,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain