Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan anak sulungnya, Syaikhul Islam sedia maklum mengenai konflik yang melanda rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof menerusi Youtube.

Sarah berkata, anaknya itu hanya berkongsi mengenai terbabit kepada datuknya, Datuk Yusof Haslam.

“Syaikhul sendiri bercakap dengan datuknya, ‘Abang (Syaikhul) sudah tahu’ merujuk apa yang sedang berlaku antara kami berdua.

“Jadi Datuk (Yusof Haslam) dan Datin (Patimah Ismail) telah terangkan segala-galanya. Saya tidak pasti reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara itu.

“Dia mungkin dengar (berita) dari YouTube tetapi tak tanya terus dengan saya, sebaliknya cuma bercerita kepada datuknya,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata ini hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur prosiding sebutan pertama permohonan perceraian yang turut dihadiri suaminya, Syamsul Yusof.
Sumber: Kosmo
Salma Syahbuddin