“Sampai Sekarang Tak Ada Penjelasan & Permohonan Maaf Kahwin Di Siam” – Puteri Sarah Keliru Syamsul Yusof Tak Mahu ‘Lepaskan’

Pelakon Puteri Sarah kelihatan hampa dengan keputusan suaminya, Syamsul Yusof yang enggan ‘melepaskannya’ dalam perbicaraan hari ini.

Menurutnya, dia diberitahu bahawa hubungan mereka masih ada ‘sinar’ yang dia sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu.

Disamping itu, Sarah menyatakan dia tidak mahu lagi menjalani rumah tangga bersama Syamsul.

“Tak nak sebab benda itu sepatutnya buat sebelum ini. Kalau betul nak berdamai dan nak ada sinar, sampai sekarang tiada penjelasan lagi,” katanya.

Pada masa sama, Sarah menegaskan tiada permohonan maaf yang dibuat Syamsul selepas berkahwin tanpa pengetahuan untuk kali kedua di Thailand.

“Tiada permohonan maaf yang dia dah berkahwin di Siam.

“Tiada penjelasan yang diberikan terhadap saya, keluarga saya dan mak bapa dia.

“Tiada langsung. Berdamai apa? Berdamai belah sana mungkinlah kot,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenar Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. 

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Maya Basir

Recent Posts