Isu Kontroversi Filem Mentega Terbang, Ini Pendapat Peribadi Diana Danielle – “Bukan Soal Takut Atau Iman Tak Kuat Tapi…”

Pelakon, Diana Danielle memberi pendapat peribadi berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan iaitu berkenaan filem kontroversi Mentega Terbang.

Diana memuat naik sebuah ciapan di Twitter miliknya menyuarakan isu tersebut dari sudut fahamannya, meskipun dirinya mengakui masih tidak sempurna dalam agama.

“Berdasarkan isu filem yang tengah hangat diperdebatkan… Sebagai muslim we are bound by certain principles. You don’t have to agree and understand. It is just beyond our choice.

“We submit to the principles of our religion as you would to yours. It’s not about weakness and being closed minded,” tulisnya.

Menerusi ciapan tersebut, isteri kepada aktor terkenal Farid Kamil turut memuat naik tangkapan skrin memaparkan komen peribadinya mengenai filem tersebut di sebuah entri di Instagram.

“Ada non-muslims comment,’takut sangatkah orang Islam, tipis sangat ke iman kita sampai scene-scene macam ni pun kena ban dan marah-marah’.

“Ini bukan soal takut atau iman tak kuat tapi orang Islam memang tak boleh create dan buat apa-apa yang menduakan Tuhan dan menimbulkan idea-idea murtad.

“We cannot do that. Saya tidaklah sempurna tapi saya sendiri rasa tercabar bila kita seolah-olah dilihat lemah. Maaf saya juga mencelah di sini. Harap comment saya tidak disalah anggap,” tulisnya.

Sebelum ini, hangat isu filem Mentega Terbang yang didakwa bercanggah dengan akidah Islam sehingga telah meraihkan perhatian ramai pihak berwajib.

Jelas pelakon utama filem ini, Firdaus Karim menyerahkan isu berbangkit ini kepada pihak penerbit dan pengarah tersebut demi mengelak keadaan menjadi semakin keruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Watak Utama, Firdaus Karim Enggan Ulas Isu Bertentangan Akidah Dalam Filem Sensasi Mentega Terbang

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

Aqilah Paharuzi