Gaduh Isu Nafkah & Harta, Bekas Pegawai Kanan Polis Didakwa Pukul Isteri Kedua Di Kepala?

Baru-baru ini, timbul isu di mana isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan dan mendakwa dipukul oleh suaminya di rumah mereka.

Memetik laporan Harian Metro, isterinya itu telah membuat laporan berkaitan insiden tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kira-kira jam 8 Malam pada 1 Mac lalu.

Pergaduhanan suami isteri itu difahamkan bergaduh berpunca daripada isu harta dan nafkah.

Isterinya yang berumur lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul oleh suaminya pada bahagian kepala dan belakang leher.

Dalam pada itu, suaminya yang juga bekas pegawai polis yang berumur 70-an itu turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama pada hari yang sama.

Suaminya pula mendakwa dirinya dipukul menggunakan helmet dalam insiden terbabit.

Lagi, Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut.

Malah, tular di media sosial video seorang individu mirip seorang pegawai kanan polis sedang bertengkar dengan isterinya di rumah baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari