’20 Tahun Telah Berlalu, Tapi…’- Kaka Azraff Menangis Teringat Arwah Bapa

Penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Allahyarham Noor Azraff Aminuddin yang telah pergi menghadap Illahi 20 tahun lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Kaka menceritakan dia terjaga  dari tidur dan menangis kerana terlalu merindui arwah bapanya.

“ Kaka mimpi ayah. Ayah senyum. I miss your face.Rindu yang amat sangat. 20 tahun tapi tak pernah sehari Kaka lupakan ayah. I miss you,” ujarnya hiba.

Tambah Kaka, sekiranya arwah masih ada, pastinya Allahyarham menjadi individu paling gembira melihat kehadiran lima orang cucunya.

“ Al-Fatihah buat ayah, Noor Azraff Bin Aminuddin. Semoga kita dapat berjumpa di taman syurga Allah. I miss you. I really do,” tulisnya. 

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman. Amin.

SGMS Faida