Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Bekas peserta program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3 ini telah memuat naik gambar melalui akaun instagram miliknya beberapa jam yang lalu dengan menunjukkan perbezaan wajah beliau daripada tahun 2005 dan sekarang.

Perbezaan yang begitu ketara sekali dapat dilihat melalui wajah dan berat badan beliau. Menurutnya, setiap gadis tidak perlu tampak lawa sepanjang masa kerana masih banyak lagi yang perlu dicapai oleh mereka seiring usia remaja. Malah, ada diantara mereka juga kelihatan yang seakan tua berbanding usia.

Namun, walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.
Semoga dengan perkongsian Mafarikha ini, adik-adik kita diluar sana lebih menghargai dan lebih cerdik untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil pil pelangsing dan sebagainya sehingga memudaratkan kesihatan.
Salma Syahbuddin