Categories: HiburanTrending

3 Kali Nekad Nak Bun*h D*ri, Amir Jahari Syukur Diberi Peluang Untuk Hidup – “Saya Hampir T*rjun Jambatan”

Penyanyi Amir Jahari nyaris memb*nuh d*ri gara-gara mengalami tekanan jiwa yang teruk beberapa tahun lepas.

Amir memberitahu dia hampir melakukan perbuatan tersebut sebanyak tiga kali kerana tidak dapat berfikir panjang.

“Pada 2018, saya alami kemurungan yang teruk. Saya ada cubaan untuk b*nuh diri tetapi saya tak teruskan,” katanya kepada XTRA.

Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup, pelantun lagu Tanpamu itu berkata, di membayangkan wajah-wajah insan tersayang dalam hidupnya.

“Sebanyak tiga kali saya pergi ke jambatan untuk b*nuh diri. Setiap kali nak l*mpat jambatan, saya terbayang muka mak ayah dan isteri saya.

“Kali ketiga saya nak t*rjun jambatan, saya terbayang muka tuan guru saya pula. Itulah yang menyebabkan saya tak jadi untuk b*nuh diri,” jelasnya.

Amir ditemui XTRA usai pengumuman 12 lagi yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) di Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Menyedari keadaan mentalnya makin parah, dia mengambil keputusan untuk merawat masalah kemurungannya itu dengan berjumpa dengan sahabatnya sendiri yang merupakan ahli psikiatri.

“Saya nekad saya perlukan bantuan. Jadi, saya ada sahabat yang memang ahli psikiatri.

“Saya memang ada ubat sebelum ni dan sekarang ni saya sudah stop ambil ubat. Alhamdulillah, saya dah pulih,” ujarnya.

Mempertandingkan lagu Hasrat, Amir merupakan antara 12 finalis yang mara ke AJL38.

Merupakan penyanyi dan pencipta sepenuhnya lagu terbabit, Amir dan 11 finalis lain akan bersaing di pentas AJL38 bakal diadakan pada Mac 2024.

Syamir Shafie