Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Penyanyi dan chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad mempunyai alasan tersendiri untuk bersanding semula, November depan.

Kata penyanyi lagu Asmara Ini, impian naik pelamin sudah dipasang lama di mana untuk meraikan tetamu yang tidak dapat hadir pada majlisnya 12 tahun lalu.

“ Sebenarnya, saya sasarkan pada tahun lepas tetapi isteri saya melahirkan anak keempat kami pada Oktober tahun lalu

“ Bapa saya juga baru setahun meninggal dunia ketika itu, jadi saya dan isteri tangguhkan dahulu hasrat kami,” katanya ia juga merupakan salah satu pesanan arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berasa tahun ini merupakan tahun terbaik untuk melangsungkan majlis persandingan dia dan isteri.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, majlis tersebut bakal diadakan pada minggu ulang tahun perkahwinan kami, tetapi tarikh spesifik belum ada lagi,” katanya.

Mendirikan rumah tangga pada 2007, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

 

SGMS Faida