Asyik Ditanya Soalan ‘Bila Nak Kahwin’, Farahdhiya Mula Bengang?

Penyanyi dan Farahdhiya menegur segelintir pengikutnya di Instagram yang tidak ‘sensitif’ apabila sering mengajukan soalan tentang perkahwinan.

Kata selebriti berusia 33 tahun itu, netizen perlu berhenti bertanyakan soalan di mana dia sendiri tidak tahu jawapannya.

“ Anda harus berhenti bertanya soalan seperti bila nak kahwin? Taknak anak lagi ke? 

“ Jodoh, rezeki dan kematian hanya Allah yang tahu. Kalau dah sampai masa, kahwinlah saya,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bertakhta Di Hati ini memaklumkan sekiranya jodoh sudah sampai, dia pasti tidak menunggu lama untuk bergelar isteri.

“ Kalau dah sampai masa, kahwinlah saya. Jodoh ini tak payah tunggu setahun atau lima tahun. Kalau esok terjumpa yang elok tiga bulan lagi pun boleh kahwin,” katanya.

Farahdhiya juga memohon netizen mendoakan agar jodohnya segera tiba. Betul tu, berdoa lebih baik kan? 

SGMS Faida