5 RANCANGAN HOT UNTUK DI TONTON SEPANJANG MINGGU INI!

Kalau korang peminat drama melayu, korea, mahupun drama dari negara luar tetapi asyik terlepas menonton drama kesukaan korang, ini antara 5 sebab kenapa semua patut layan drama kegemaran masing-masing di tonton!

  1. Kekasih Paksa Rela

Sebuah drama berkisarkan tentang kehidupan seorang Adham (Remy Ishak)  telah menyelamatkan Hanan dengan membeli gadis tersebut daripada ibu kandung dan bapa tirinya yang jahat. Walaupun baru sahaja kenal melalui incident yang berlaku Adham kemudiannya mengahwini Hanan dengan tujuan ingin menyelamatkan gadis tersebut. Namun, apabila perkahwinan mereka mula menimbulkan bibit-bibit cinta, isteri Adham yang disangka telah meninggal dunia tiba-tiba muncul kemabali. So, kalau korang nak tahu apa kesudahan dan konflik yang berlaku antara Adham dan isteri-isterinya ini, kenalah tonton di saluran kami!

       2. Budak Boys

Merupakan sebuah drama local terbaru, yang diadaptasikan daripada sebuah novel mengisahkan tentang Hamizul yang telah mengajak kawan baiknya iaitu Kamarul agar memohon memasuki RMC namun Kamarul menolak kerana dia tidak yakin untuk hidup dengan disiplin ketenteraan. Selepas mendapat surat tawaran ke RMC, Hamizul begitu gembira namun Kamarul masih belum bersedia untuk menghadapi kehidupan barunya itu. Haa, nak tahu apa kesudahan cerita Budak Boys ini, jangan lupa saksikan Budak Boys, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Iris, TV3.

      3. Papa Nak Menantu

Drama yang berkisarkan tentang seorang gadis bernama Syahirah yang mempunyai perwatakan yang agak kasar walaupun masih berambut panjang. Sejak tamat tingkatan lima Syahirah tidak pernah memiliki kerja tetap dek kerana sikapnya yang agak malas dan suka ikutkan kepala sendiri. Dan, disebabkan sikap Syahirah sebegitu, Pak Saad membuat keputusan untuk mengahwinkan sahaja satu-satu anaknya. Untuk mengetahui apakah konflik yang akan berlaku antara Syahirah dan keluarganya, jangan lupa saksikan Papa Nak Menantu, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6. 58 petang ye!

     4. Flower Ring

Kalau nak tengok cerita ala-ala dalam drama Korea, bolehlah menyaksikan drama yang di datangkan khas dari negara Thailand berjudul Flower Ring. Ianya mengisahkan tentang cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang agak skeptikal terhadap apa jua bentuk relationship terutamanya terhadap perkahwinan. Namun akhirnya menjadi sahabat baik di sebuah majlis perkahwinan. Drama yang menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Puttichai Kasetsin dan Ramita Mahapreukpong ini mampu untuk menarik audiens terutamanya golongan muda untuk menyaksikan drama bersiri 26 episod ini. Wow! Apakah agaknya kesudahan cerita ini? Anda boleh lah ikuti kisah komedi romantik ini hanya di tonton!

     5. Anugerah Juara Lagu 32

Pastinya peminat muzik tanah air tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan anugerah yang berprestij ini di kaca tv masing-masing. Semestinya, AJL32 kali ini akan mempersembahkan bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya untuk terus menghangatkan pentas AJl32 pada Ahad ini. Malah, semua peminat boleh menyaksikan siaran secara LIVE menerusi FB Live kami. Jadi, kepada peminat setia Anugerah Juara Lagu anda tidak ada sebab untuk tidak menyaksikan artis kesayangan korang berentap di pentas AJL32 nanti kerana, korang boleh saksikan siaran secara langsung ini menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton! Jangan ketinggalan!

Salma Syahbuddin