Categories: AutomobileTECH

KERETA ELEKTRIK KENDERAAN MASA DEPAN?

Jika pada zaman nenek moyang kita dahulu, hanya mereka yang mampu sahaja boleh membeli kereta.

Zaman sekarang membeli kereta tidak lagi sukar. Malah dengan tawaran 100% pembiayaan daripada syarikat kewangan atau bank menjadikan kereta sudah  mampu milik. Tengoklah jalan raya kita sekarang penuh dengan kereta malah tiap-tiap hari harus menempuh kesesakan.

Walau pun kos minyak semakin naik, orang tetap mahu membawa kereta waima ada kemudahan pengangkutan awam sekali pun.

Terkini,  kajian tertutup dilakukan untuk Nissan oleh Frost & Sullivan, bertajuk “Masa Depan Kenderaan Elektrik di Asia Tenggara,”  yang dibentangkan di  Singapuran pada satu majlis perhimpunan ‘Nissan Futures’ baru-baru ini menunjukkan potensi kuat di kalangan pembeli terhadap kereta berkuasa elektrik.

Malah dalam satu kenyataan, Tan Chong Motors  menunjukkan satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik.

Penyelidikan pengguna di Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Filipina mendedahkan bahawa 37% bakal pembeli terbuka untuk mempertimbangkan kenderaan elektrik sebagai kereta  mereka.

Pelanggan di Filipina, Thailand dan Indonesia muncul sebagai yang paling bersemangat mengenai kereta elektrik.

Atas kehendak itu,  Nissan merancang pengeluaran  kereta  NISSAN LEAF baharu yang  100% elektrik dan berteknologi canggih.

NISSAN LEAF akan dijual dan diperkenalkan di Australia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Thailand pada tahun fiskal akan datang.

Agak-agak kereta elektrik ni dapat sambutan tak di Malaysia?

SGMS Fas