BUKTI SHEILA ON 7 MASIH ‘BERBISA’

Hebat! Walaupun usia kumpulan ini sudah mencecah usia 22 tahun, persembahan Sheila On 7 masih ‘menyengat’. Apa tidaknya, sepanjang dua jam konsert berlangsung, tidak terasa langsung masa berjalan. Otai bila dah dapat mic, memang dorang guna sebaik mungkin!

Tepat jam 9 malam bertempat di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, sorakan hampir 2000 penonton kedengaran sebaik saja vokalis Duta melangkah ke pentas.

Membuka persembahan dengan lagu Jadikan Aku Pacarmu, Duta yang tampil dengan imej sempoi ternyata membuatkan peminatnya seolah-olah histeria. Memang hebat beb penangan lelaki bernama Akhdiya Duta Modjo ini…

Selesai sesi warm up, Duta mempamerkan vokalnya yang bersahaja menerusi lagu Bila Kau Tak Disampingku. Suara Duta kedengaran kurang jelas dek jeritan dan nyanyian penonton yang terlalu excited. Maklumlah, semua lagu berhantu mereka menggamit kisah silam. Cewah…

Walaupun hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt hitam, aura Duta ternyata masih kuat! Tanpa perlu bertukar ganti baju, susunan muzik yang padu, kumpulan yang dianggotai oleh  Adam, Eross Chandra, Brian Kresno Putro dan Duta selaku vokalis ini sememangnya layak mendapat standing ovation. Tanpa perlu gimik ‘berlebihan’, Sheila On 7 sememangnya terbaik!

Antara lagu yang turut dipersembahkan oleh mereka, Seberapa Pantas, Dan, Itu Aku, Kita, Pemuja Rahasia, Betapa, Sephia, Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi dan Kisah Klasik Untuk Masa Depan sebagai penutup. Jika berkesempatan, tahun depan datanglah lagi ya!

 

Kredit gambar: Time Out

SGMS Faida