Categories: Trending

Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik Trak

Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba di mana pasangan ini telah menampilkan kelainan dalam majlis mereka itu dengan menonjolkan tema impian setiap wanita iaitu ‘garden wedding’.

Majlis resepsi yang dihadiri oleh kira-kira 300 para tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai itu telah menjadi bualan ramai.

Manakan tidaknya, kelibat Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai pada malam itu dyang mengenakan gaun putih berjalan beriringan dengan puteranya Adam Sinclair bagaikan puteri kayangan sehingga majlis resepsi berkenaan digelar sebagai antara “wedding of the year”.


Keindahan majlis tersebut telah mendapat pujian netizen sehingga ada yang berbicara impian mereka di laman sosial untuk memiliki majlis sehebat itu bila melansungkan perkahwinan nanti, dengan kanopi lut sinar dihiasi lampu-lampu bergemerlapan menghiasi ‘kayangan’ itu di puncak bukit di kelilingi hutan tropika bagaikan di awangan.

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan yang bertanggungjawab menyiapkan set-set kanopi dihiasi lampu-lampu cantik yang gah itu, mereka adalah kakitangan daripada syarikat YSA Events, mereka-mereka ini yang  merupakan pereka bentuk tent (Title Designer Tent) memerah idea dan keringat untuk memastikan majlis perkahwinan Yuna dan Adam yang bertempat di puncak rimba, bentong itu berjalan dengan gilang gemilang.

Menampilkan olahan tema ‘Tropical’, kanopi lut sinar itu adalah ilham daripada Amir Firdaus sendiri, ianya dihiasi/didekorasi dengan bunga dan daun-daun segar ‘tropical’ yang terdiri daripada 10 jenis daun dan bunga yang didapatkan dari habitat asalnya iaitu hutan sebenar.

Sebanyak dua buah lori penuh muatan bunga telah digunakan, lampu-lampunya pula terdiri daripada 10 ribu biji mentol‘naked bulb’ dan chandelier’ bagi menghiasi majlis malam resepsi Yuna dan Adam. Seramai 50 orang pekerja YSA digunakan bagi kerja pemasangan kanopi perkahwinan Yuna itu berjalan dengan lancar dan tempoh yang diambil adalah sekitar 7 hari bagi kerja pemasangan.

SGMS Enal