HANYA SETAHUN, HEFNY REDHA…

Biarpun hanya setahun berpeluang mengemudi rancangan Muzik-Muzik 32 (MM), bekas pengacaranya Hefny Sahad menganggap pengalaman sepanjang berada di set sebagai pencapaian terbaik peribadinya…

Sebelum ini, Hefny pernah berganding dengan Amyra Rosli sebelum Sherry Alhadad mengambil tempat sebagai pengacara wanita dalam program carta muzik paling popular itu.

Akur dengan keputusan pihak pengurusan, Hefny bersyukur apabila diberi kesempatan dapat merasai pengalaman bekerjasama dengan keluarga MM walaupun untuk tempoh setahun.

“ Saya redha. Peluang mengendalikan program itu biarpun semusim menjadi pengalaman berharga dan saya amat bersyukur. Ramai pengacara membina nama daripada program ini.

“ Jadi, ia cukup besar dan bagus untuk portfolio saya. Cukup terpahat nama saya sebagai pengendali MM 32,” katanya.

Penyampai stesen radio Hot FM, Haziq Hussni diumum menggantikan Hefny sebagai pengacara baru.

“ Pengganti adalah kawan baik sendiri. Saya percaya Haziq boleh membawa program itu ke peringkat lain pula,” akhirinya.

 

Sumber: BH Online

SGMS Faida