Hiburan By: Del14 January 30, 2020 @ 3:09pm

Kongsi Gambar Lama, Zizan Bakal Ganti Ayie Floor 88?

Foto zaman muda yang dimuat naik oleh pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak di akaun Instagram miliknya menjadi usikan teman selebriti dan netizen kerana bukan sahaja foto tersebut lucu, malah kapsyennya juga terlalu kelakar. 

Mana taknya, Zizan menyamakan wajah zaman mudanya dengan penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie dan berkata kumpulan itu sudahpun menjumpai pengganti kepada Ayie. 

“Pengganti @ayieelhamf88 sudah ditemui.  Penyanyi baru ini dikenali sebagai Ayam dan mungkin juga nama kumpulan Floor 88 akan ditukar nama kepada Basement 88 ini supaya tidak mengelirukan peminat. 

“Dan Basement 88 sekarang sedang sibuk merakam lagu baru mereka yang berjudul”setan hutang aku bila nak bayar hanat?!” Dan diharap semua peminat sabar menanti kemunculan kumpulan berbakat besar ini. #basement88 #floor88,” tulis Zizan sebagai kapsyen. 

Rata-rata ramai teman selebriti yang tidak tahan dengan perkongsian Zizan itu dan meninggalkan komen-komen yang mengundang usikan dan tawa netizen. 

Ada pula yang menyamakan rambut Zizan sewaktu muda dengan mop! Aduh, macam-macam!

Tapi kalau nak diikutkan, foto lama Zizan memang ada iras muka Ayie pun. Malah, Ayie sendiri membalas komen @radin_era dan mengatakan dia dan Zizan adalah kembar yang terpisah. 

 

  Kredit Foto: Instagram @zizanrazak869

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐

Events Fri, 20 Jul 2018

#daiTV3 Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 Kini Bermula!

Jangan lupa saksikan program Dai’ Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 di TV3 sekarang!

Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Wed, 31 Jul 2019
error: Content is protected !!