A. Aida Desak ‘Datuk S’ Bayar Hutang RM1.3 Juta – “Dia Cagar Resort..

Penerbit drama, Datuk A Aida mendesak individu berstatus Datuk untuk membayar hutang berjumlah RM1.3 juta kepadanya dengan kadar segera sebelum beliau mengambil tindakan saman.

Pemilik produksi A. Aida Productions ini mendedahkan perkara berkenaan berdasarkan sebuah video di Instagram miliknya sebentar tadi.

A. Aida atau nama lengkapnya Zaidah Awang mendedahkan individu yang digelar sebagai Datuk ‘S’ itu telah meminjam wangnya kerana kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan.

Bukan itu sahaja, Datuk S juga telah mencagarkan perniagaan resort miliknya sekiranya gagal membayar hutang berjumlah besar itu.

“Dia datang berjumpa saya sebelum PKP lalu dan berkongsi hasratnya untuk menjalankan satu perniagaan.

“Namun, dia kekurangan modal dan memerlukan bantuan kewangan daripada saya dengan menjadikan perniagaan resort miliknya sebagai cagaran.

“Pendek cerita, projek diusahakannya itu gagal dan saya menuntut janji yang telah dipersetujui,” tuturnya.

Sementara itu, Aida berkata pihaknya akan mengambil tindakan saman terhadap Datuk S ekoran melanggar persetujuan yang dibuat antara mereka.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

Aqilah Paharuzi