Michelle Yeoh Kahwin Selepas 19 Tahun Bertunang

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, mengikat tali perkahwinan bersama pilihan hatinya, Jean Todt, 77, selepas 19 tahun bertunang pada Julai 2004.

Perkara tersebut dikongsikan pemandu F1, Felipe Massa di akaun Instagramnya, beberapa jam lalu.

Menerusi perkongsian Felipe, dia berkongsi momen-momen bersama Michelle dan Jean di sebuah majlis istimewa yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

“Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004.

“Pada 26 Julai 2004, Jean Todt melamar Michelle.

“Kini selepas 6992 hari pada 27 July 2023 di Geneva, dihadiri oleh keluarga dan sahabat, kami dengan gembira meraikan hari istimewa ini bersama,” tulis pada kad undangan.

Untuk info, Jean Todt, adalah pengurus besar Scuderia Ferrari dari 1993 hingga 2007 dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya dari 2004 hingga 2007.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai presiden Federation Internationale de l’Automobile (FIA), badan induk sukan permotoran termasuk F1, dari 2009 hingga 2021.

Michelle mencipta sejarah apabila merangkul anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Michelle Yeoh dan Jean Todt mengikat tali pertunangan pada Julai 2004

Khairil Khusyairi