Idolakan Ziana Zain & Minat Genre 90-an… Jom Kenali Penyanyi Lagu Retak Hatiku, Iera Milpan

Retak Hatiku Hancur Semua… itulah bait-bait lirik lagu yang berjudul Retak Hatiku yang menjadi fenomena kini sehingga trending di media sosial.

Lagu ciptaan Zai Hamzah dan Oja serta lirik hasil nukilan Achoi Floor 88 itu dinyanyikan oleh pendatang baharu dalam industri muzik iaitu Iera Milpan.

Sehingga hari ini, lagu tersebut telah meraih lebih 2.9 juta tontonan dan masih trending #1 di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Retak Hatiku Hancur Semua… 2.6 Juta Views Dalam Masa 2 Minggu, Trending #1 Di YouTube! Iera Milpan Teruja Single Pertama Diterima Ramai

Mungkin kini ramai yang sedar dengan kehadiran Iera Milpan di industri hiburan tanah air, namun ramai masih tidak mengenali dengan lebih dekat dengan Iera.

Disini XTRA kongsikan biodata dan fakta menarik mengenai Iera Milpan.

Biodata

Nama Penuh: Syahirah binti Milpan

Nama Pentas: Iera Milpan

Umur: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 15 April 2002

Asal: Johor Bahru, Malaysia

Media Sosial: Instagram @ieramilpan_ TikTok @ieramilpan

Fakta Menarik

Iera merupakan anak keempat daripada lima adik beradik

Pernah bekerja bersama ibu di kedai makan

Mula meminati bidang nyanyian sejak umur 8 tahun

Meminati genre lagu 90-an

Gemar membuat ‘cover’ lagu-lagu genre 90-an di TikTok

Mengidolakan penyanyi Ziana Zain

Sering bawakan lagu Ziana Zain di majlis kenduri

Mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok

Khairil Khusyairi