Categories: Featured

Madammu Pilih ‘Ahmad Kayden’ Sempena Nama Anak Pertama

Usahawan terkenal Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri tampil mengumumkan nama anak pertamanya sekali gus meleraikan teka-teki dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pengasas produk kecantikan, Noir itu telah memilih Ahmad Kayden sebagai nama anak kelahiran pertamanya itu.

Malah, Madammu juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangannya menjalani proses persenyawaan in-vitro (IVF).

“Assalamualaikum Aunty Semua! Nama saya Ahmad Kayden! Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls,” katanya.

Teruja dengan berita itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Madammu Selamat Lahirkan Anak Pertama

Fatin Nurain