[VIDEO] “Saya Trauma & Banyak Menangis” – Daiyan Trisha ‘Serik’ Pertama Kali Berlakon Filem Seram

“Banyak sangat luka, lebam, jangkitan kulit. Trauma pun ada. Inilah watak yang paling mencabar saya pernah buat.”

Demikian kata-kata pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila berkongsi pengalaman yang dilakonkannya dalam filem seram Sumpahan Jerunei.

Menurut Daiyan, pelbagai cabaran yang perlu dilakukannya demi menjayakan watak dalam filem tersebut yang menjalani penggambaran 4 tahun lalu.

“Jangkitan pada telinga juga agak lama saya alami, kulit saya juga sensitif jadi cepat lebam dan gatal-gatal.

“Selepas sebulan penggambaran selesai baru semuanya pulih. Saya bersyukur saya dapat berikan yang terbaik buat filem ini.

“Ini filem pertama yang banyak saya kena berlakon kasar. Sebab banyak babak yang mencabar, agak terkejut juga tapi saya buat sahaja. Trauma juga sampai saya perlu berehat seketika selepas itu,” katanya kepada XTRA, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Daiyan berkongsi dia turut mengalami masalah ‘anxiety’ dan ‘panic attack’ ketika melakonkan sesebuah babak malah trauma dan sering menangis.

“Saya tahu saya akan berlakon babak-babak kasar tersebut tapi saya tak sangka ia benar-benar mencabar. Sekiranya diberi watak seperti itu lagi, saya akan lakonkan lagi.

“Saya trauma dan banyak menangis sebab ia memang mencabar. Saya memang ada ‘anxiety’ namun masih boleh dikawal.

“Antara babak yang saya buat adalah bersalin bayi dalam keadaan berdiri. Pertama kali saya buat babak itu, susah juga. Banyak babak yang saya kena dera seorang diri.

“Ia bukanlah filem seram semata tapi seperti filem thriller,” kongsinya.

Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong ini kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Berkemban & Berpelukan Demi Jayakan Watak – “Saya Mahu Cabar Diri Tapi Ada Batas”

Khairil Khusyairi