‘Aali Mateen’ Nama Anak Kedua Ayda Jebat & Nabil Mahir, Siap Cipta Akaun IG Lagi!

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih Aali Mateen sempena nama anak kedua mereka yang baru sahaja lahir, pada 12 Disember lalu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan itu turut mendedahkan wajah dan akaun IG yang diciptakan khas untuk anaknya itu.

Menurut Ayda, dia berharap agar putera kesayangannya itu membesar menjadi anak yang soleh dan meminta agar orang ramai mendoakan Aali.

“Assalamualaikum semua! Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil. @aalimateenofficial

“Lama juga memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ni. Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa.. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Shaaaaayaaaaaang shemuaaaa,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Dapat Baby Boy, Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Fatin Nurain