“Jangan Kerana Satu Kesilapan, Semua Kebaikan Dia Kita Tak Nampak” – Hafidz Roshdi

Pelakon Hafidz Roshdi tampil memohon agar orang ramai tidak terus menghukum kesilapannya dan melupakan segala kebaikan yang telah dilakukannya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Hafidz menerusi temu bual bersama Melodi, baru-baru ini.

“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak,” katanya.

Terdahulu, Hafidz telah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihannya, Athirah Yuhada selepas enam bulan bercerai dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri 

Dalam pada itu, pelakon itu juga sempat meluahkan rasa syukur dan memohon agar orang ramai mendoakan perkahwinan keduanya berkekalan.

“Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.

“Semoga yang baik-baik untuk saya dan juga isteri saya serta yang mendoakan kami,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernikahan Ini Bukti Saya Tak Pernah Menipu” – Hafidz Roshdi Kahwin Lain, Bekas Isteri Tak Halang Anak-Anak Jumpa Athira Yuhada

Sumber: Melodi

Fatin Nurain