Categories: SelebritiTrending

Suami Dedah Sudah Bercerai, Sherie Merlis Kini Bercinta Dengan Hasnul Rahmat Pula?

Pelakon senior Sherie Merlis didakwa telah bercerai dengan suaminya, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee dan kini berstatus ibu tunggal.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh bekas suaminya menerusi sebuah hantaran di Instagram beberapa hari lalu.

Katanya yang kini bergelar bapa tunggal, pengalaman yang dialami sangat berbaloi walaupun mempunyai kesan baik dan buruk.

“The journey of single fatherhood may have its ups and downs, but the love and joy you experience along the way make it all worthwhile,” tulisnya.

Namun begitu, hubungan Sherie dengan pelakon Hasnul Rahmat pula menjadi persoalan dalam kalangan warganet apabila masing-masing memuat naik foto mesra bersama di Instagram.

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat banyak meluangkan masa bersama selain menyebut nama masing-masing pada beberapa hantaran.

Atiqah Johari