Categories: SelebritiTrending

Lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Buat Terimbau Momen Dengan Keluarga, Iman Troye Sedih Dengan Pemergian Ibnor Riza

Industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Ibnor Riza yang telah meninggal dunia pada Ahad akibat kanser limfoma.

Susulan itu, penyanyi Iman Troye turut menzahirkan rasa duka citanya dengan pemergian penyanyi itu.

Menerusi hantaran Instagram Storiesnya, Iman menyatakan bahawa Allahyarham Ibnor Riza adalah penyanyi kegemarannya.

Malah, dia menyatakan bahawa lagu-lagu arwah mengingatkannya terhadap ibu bapanya dan terimbau kenangan pulang ke kampung dan pergi bercuti dengan keluarga.

“Mama penyanyi fav adik (Iman) dah takda @catatanctie.

“Kalau dengar lagu ni, mesti rasa mama dengan papa dah tua. Sedih, teringat balik memory balik kampung & pergi family holiday ramai-ramai.

“Dulu lagu ni wajib bukak bila dalam kereta. Al-fatihah buat Ibnor Riza bin Ibrahim,” tulis Iman dengan meletakkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian arwah.

Untuk makluman, Ibnor telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur, kira-kira jam 3.30 petang pada Ahad.

Jenazah Ibnor selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan: “Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Artikel Berkaitan: Derita Kanser Limfoma Tahap Empat, Ibnor Riza Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Pembedahan Kali Kedua Berjaya, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri

Artikel Berkaitan: Dah Seminggu Dibedah, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri… Isteri Maklum Keadaan Kritikal

Atiqah Johari