Categories: HiburanTrending

Netizen ‘Face Shaming’ Gara-Gara Makan Kentang Goreng Dengan Tidak Beradab, Ammar Nazhan Tidak Terkecil Hati – “Saya Maafkan Semua Orang”

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan tidak terkecil hati dengan kecaman netizen susulan video dia memakan kentang goreng dengan cara tidak beradab tular di laman maya.

Akui kesilapan diri sendiri, Ammar memberitahu dia juga sudah lali dengan ‘face shaming’ yang diterimanya.

“Saya salah muat naik video tu. Saya memang tak patut makan macam tu sebab melebih-lebih.

“Bila orang bercakap-cakap, takkan nak marah orang pula.

“Kita mengaku salah kita, kita terbuka dan tidak terasa hati pun. Pada yang shaming saya tu tidak mengapa, saya terima kekurangan saya.

“Yang jadikan saya ni pun Allah SWT, jadi saya terima diri saya seadanya,” ujarnya.

Menurut temu bual Ammar dengan mStar, dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu di masa hadapan serta lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan video.

Sementara itu, bagi memperbaiki kelemahan diri, Ammar kini memberi fokus mencipta ‘content’ yang lebih menjurus ke arah kebajikan dan berkongsi rezeki.

“Kita tak dapat tutup mulut dan puaskan hati orang. Jadi, untuk membetulkan kesilapan yang lalu itu, saya buat apa yang orang suka.

“Bagi ambil hati ornag semula, saya buat content seperti saya berkongsi rezeki dengan orang ramai,” jelasnya.

Bertanya lanjut mengenai penguat semangat dalam hidupnya, Ammar bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang sentiasa ada di sisinya.

“Mak dan ayah saya selalu nasihat perkara baik… kalau mereka tiada saya pun tak tahu sebab saya pun lemah semangat kadang-kadang,” katanya

Sumber : mStar

Syamir Shafie