Categories: SelebritiTrending

“Jenguk Sekejap Je Tu, Macam Dulu Dia Jenguk Anak Kami” – Bekas Isteri Dedah Sikap Datuk Red?

Umum mengetahui mengenai tuntutan cerai yang dibuat penyanyi Adira Suhaimi terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Terbaharu, Adira tetap bertegas dengan pendiriannya untuk mengakhiri rumah tangganya itu dan menganggap ia sebagai jalan penyelesaian terbaik.

Namun begitu, pelantun lagu Milik Kita itu menyatakan bahawa dia tidak menghalang suaminya untuk berjumpa dengan anak-anak malah Datuk Red selalu datang ke rumah untuk bertemu.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah apabila ada individu wanita yang mengaku sebagai bekas isteri pertama Datuk Red meninggalkan komen mengenai perkara yang pernah dilaluinya.

Kata wanita yang dikenali sebagai Hana itu Datuk Red hanya menjenguk anak-anaknya sekejap sahaja selepas mereka telah bercerai.

“Jenguk sekejap je tu, macam dulu dia jenguk anak sulung dan anak kedua kami 😃😒,” komen wanita itu.

Terdahulu, Adira telah memfailkan cerai kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 1 April 2019.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki empat orang anak iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Menerusi perkahwinan pertama Datuk Red dengan Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka mempunyai lima orang anak.

Bukan itu sahaja, Datuk Red juga pernah berkahwin pada usia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Artikel Berkaitan:Belum Sedia Beri Kenyataan, Adira Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

Artikel Berkaitan: Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

Atiqah Johari