[VIDEO] “Terer Dia Ni” – Bakat Diiktiraf, Aisha Retno Menangis Siti Nurhaliza Puji Persembahan Lagu Sutera Di SFMM38!

Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, Aisha Retno bergenang air mata apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji kehebatannya dalam muzik.

Menerusi platform TikTok, reaksi wajah pelantun lagu Pencarianku ini terkejut apabila Siti Nurhaliza meninggalkan komen di video Aisha ketika membawakan lagu Sutera di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM 38).

“Terer (hebat) Aisha ni,” tulis beliau.

Dalam video lain, Aisha yang seakan tidak menyangka mendapat perhatian dan pengiktirafan Siti Nurhaliza itu mengucapkan terima kasih kepada beliau.

“I love you queen, thank you @syukfendi for uploading my #SFMM38 performance muah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila Siti Nurhaliza memuji bakat penyanyi sedang meningkat naik itu.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 15,000 tanda suka dan 300 komen.

@aisharett

Replying to @Siti Nurhaliza ily queen,thank u @syukfendi for uploading my #sfmm38 performance muah

♬ SUTERA – Aisha Retno

Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno dipilih sebagai lagu terbaik hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Lagu ciptaan Aisha bersama MFMF dan lirik oleh penyanyi itu sendiri berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

@xtra_my

Terkesima min dengan lagu Sutera Aisha Retno ni🥹❤️ 📺 15, 16, 17 Disember 2023, jam 3 petang di TV3 🖥️ Strim sekarang melalui Tonton www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton sekarang! #SFMM38 #RoadToAJL38 #xtramy #xtra_my #xtratonton #xtraxajl38

♬ original sound – XTRA – XTRA

Selain Aisha, 11 finalis AJL 38 yang lain adalah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Naqiu (Santai), Ziana Zain dan Hasif upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Amir Jahari (Hasrat), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma) antara yang berjaya melayakkan diri ke AJL 38.

Artikel Berkaitan: “Kena Pindah Pergi Mars La Kot Family Saya Eh…” – Aisha Retno Bersuara Isu Sophia Albarakbah, Respons Bella Astilah Pula Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Pertama Kali Layak Ke Separuh Akhir, Aisha Retno Anggap Diri Sendiri Sebagai Pesaing Terbesar

Artikel Berkaitan: #SFMM38: “Terharu Impian Lagu Sutera Ke Pentas Berprestij Tercapai” – Menitis Air Mata, Aisha Retno Puas Bertanding

Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

Aqilah Paharuzi