Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui penceraian adalah jalan terakhir yang terbaik dalam mengharungi kemelut rumah tangga bersama suami, Datuk Adnan Abu.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Adira seakan memberi bayangan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung bersama suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk Red.

Pelantun lagu Ilusi ini bagaimanapun tidak menghalang suaminya untuk berjumpa anak-anak di kediaman mereka.

Dalam masa yang sama, Adira berkata anak sulungnya, Anggrek memahami keadaan rumah tangganya namun tidak pernah bertanya dengan lebih lanjut.

“Dia selalu juga datang ke rumah, terus terang saya tidak menghalang suami untuk berjumpa anak-anak, status dia masih suami saya.

“Ada masa kami bergaduh dan ada masa kami berbaik. Saya tidak mahu memanjangkan hal.

“Anak saya Anggerik cepat faham tetapi dia tak menyebok walaupun dia tahu,” katanya.

Sementara itu Adira turut menjawab mengenai hubungan bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

“Saya bukan jenis orang yang suka bergaduh, Alhamdulilah saya baik dengan semua orang,” ujarnya.

Disoal mengenai sekiranya jalan penceraian adalah pilihan terakhir, Adira yang juga finalis program Famili Duo musim ketiga ini berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir Allah SWT.

“Saya memang memerlukan doa yang baik-baik daripada semua pihak. Setakat ini, apa yang saya boleh katakan jalan penceraian adalah jalan yang saya nampak.

“Tetapi segalanya saya serahkan kepada Allah, kita tak tahu perkara yang akan datang,” tambahnya lagi.

Adira memfailkan penceraian buat kali kedua terhadap Datuk Red pada 25 Oktover lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Kali pertama dibuat penceraian adalah pada 1 April 2019.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, setahun.

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

Artikel Berkaitan: “Orang Luar Boleh Cakap Macam-Macam…” – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Adira Suhaimi Beri Amaran Jangan Suka Hati Buat Spekulasi! 

Aqilah Paharuzi