Categories: HiburanSelebriti

Adik Achey Curi Perhatian

Adik pelawak terkenal, Achey Bocey iaitu Nornatasha Hamzah atau Tasya curi perhatian ramai apabila dia bakal bersaing dalam program terbaru, Gegar Lawak.

Berusia 25 tahun dan merupakan kerani akaun di sebuah firma kewangan di Johor, gadis ini antara dua peserta wanita yang terpilih untuk berentap di program tersebut.

Menurut Tasya, pada saringan awal uji bakat program tersebut, dia memilih untuk merahsiakan identiti sebagai adik Achey kerana bimbang ramai yang beranggapan dia menggunakan nama abangnya untuk menumpang populariti.

“Namun, ia akhirnya diketahui juga. Jujurnya, saya bimbang andainya hubungan persaudaraan kami diketahui kerana takut dibayangi abang sendiri.

“Abang (Achey) memang memberi galakan dan sokongan penuh untuk saya mencuba nasib dalam pertandingan ini.

“Sebelum ini, saya ada menghadiri uji bakat pertandingan lain seperti Akademi Fantasia dan Mentor, namun nasib kurang menyebelahi saya,”

SGMS Enal