Categories: Hiburan

Kendall Nampak Tua Dah Betul Ke?

OMG, apa dah jadi dengan kulit awak Kendall Jenner? Penampilannya dengan gaun hitam di Golden Globes 2018 memang vasss tapi bila lihat betul-betul pada gambar di atas, macam ada yang tak kena…

Wajah terbaru Kendall juga menjadi isu apabila dia kelihatan sedikit berusia dengan wajah yang berkedut.

Kulit wajahnya dipenuhi dengan jerawat dan juga bibirnya seperti membengkak! Netizen membuat spekulasi yang Kendall telah menyuntik bibir yang memberikan kesan sampingan ke atas kulitnya.

Sampai sekarang, adik kepada Kim Kardashian ini masih belum bersuara berhubung bibir yang dilihat makin membesar. Memang mungil dan seksi tapi pelik dibuatnya!

Sebelum ini Kendall pernah mendedahkan yang dia menggunakan teknik mekap untuk membuatkan bibirnya kelihatan munggil. Ye ke?

Sumber: Cosmopolitan

SGMS Putri