Categories: Trending

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich yang mana seramai tujuh orang cedera dalam kejadian itu.

Namun tiada seorang pun daripada tujuh yang cedera dimasukkan ke hospital.

Stor di Switzerland itu segera dipindahkan dengan 50 pelanggan dan pekerja melarikan diri ke Bahnhofstrasse, salah sebuah tempat membeli-belah paling mahal dan eksklusif di dunia.

Letupan peranti ini dilaporkan telah menyebabkan seorang kakitangan sedikit melecur dan mencetuskan kebimbangan keracunan asap.
Pakar dari Institut Forensik Zurich sedang menyiasat punca bateri tersebut menjadi terlalu panas.

Pemadam kebakaran, beberapa ambulans dan kenderaan kecemasan hadir di tempat kejadian. Akhbar Swiss 20 Minuten mengenal pasti telefon tersebut sebagai iPhone 6 Plus.

Sumber: Mstar 

SGMS Putri