Adik Farid Kamil Terkejut Abang Dipenjara

Adik pelakon Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari akui masih terkejut dengan berita abangnya dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

“Saya minta maaf tak boleh nak kongsi banyak benda sebab peguam Farid dalam proses memohon rayuan.

“Harap semua pihak faham dan tolong bagi kami ruang,” kata suami kepada pelakon dan pengacara popular, Yana Samsudin lagi.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Farid dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan penggunaan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu ke atas Farid selepas beliau dilihat memilih untuk berdiam diri berbanding sepatutnya membela diri hari ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan terus dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida