Featured By: Nurul Hana July 9, 2023 @ 11:30pm

Adik Miza Persis Siti Sarah, Ini Reaksi Shuib & Watie!

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak perempuan yang dipanggil Adik Miza mempunya wajah persis Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sebaknya! Impian Raisuddin Hamzah Berjumpa Adik Miza Berbaloi, Akui Gigi & Tangan Persis Siti Sarah

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, Shuib memuat naik video dirinya sedang membuat panggilan video bersama Adik Miza bersama isterinya, Watie Hanifiah.

“Sama tapi bukan dia. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@shuibsepahtu Sama tapi bukan dia 🥹 InsyaAllah ade rezeki kita jumpa 🥰 #SitiSarahRaissuddin #AdikMiza #fyp ♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

Reaksi wajah Shuib kelihatan teruja serta kedengaran suara Watie yang bersetuju dengan wajah Adik Miza sama dengan arwah.

Hantaran tersebut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat reaksi Shuib.

Bukan itu sahaja, Watie juga telah mendapat pujian ramai kerana sentiasa memahami dan menyokong tindakan Shuib.

“Baiknya Watie. Masha Allah. Tak pernah tgk Watie ni marah, masam muka ke apa. Hari tu Matern kata dia sayang ibu no 1 pun Watie okay je.

“Weh aku sangka shuib tengah video call dengan Sarah sama betul wajah adik ni. Baru teringat arwah dah tiada. Alfatihah buat arwah Siti Sarah,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan lebih 140,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Tue, 14 Nov 2023

Berjaya Jampi Penonton DFP, Khai Bahar Terpaksa Lupakan Sakit Demi Peminat, Siap Bergelek Lagi!

Rugi yang tak datang konsert solo Khai Bahar! Meriah❤️🔥🔥

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal. Ini baru dinamakan, kalau dah jodoh, tak kemana pakcik…