Categories: HiburanSelebriti

Afdlin Shauki Sengaja Bagi Mia Sara Watak Perempuan Berhijab Dalam Filem Sendiri – “Saya Nak Dia Bertudung”

Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki memaklumkan antara sebab dia mengambil anaknya, Mia Sara berlakon di bawah filem arahan terbaharunya, ‘Harimau Malaya The Untold Journey’ kerana teringin melihatnya memakai tudung.

Menurut Afdlin, Mia bakal memegang watak anak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Dia berlakon sebagai watak anak Datuk Hamidin kerana anaknya memang bertudung. Kenapa saya ambil dia berlakon sebab kroni.

“Saya cakap begitu sebab semua tahu dia dah buat macam-macam dalam industri. Saya pilih dia sebab saya nak bagi dia watak orang bertudung dan saya nak dia bertudung. Bagi dia rasa macam mana,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Afdlin ketika ditemui di majlis pelancaran filem Harimau Malaya The Untold Journey, Selasa lalu.

Terdahulu, pelakon yang pernah membintangi filem Baik Punya Cilok itu telah mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnya yang bernama, Marcella, pada Ogos lalu.

Malah, pengarah itu juga turut meluahkan keinginannya untuk memiliki cahaya mata bagi perkahwinan keduanya ini namun sedar dirinya sudah berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin Timang Cahaya Mata Lagi, Afdlin Shauki Sedar Diri Sudah Berusia 

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki Akui Sudah Akhiri Zaman Duda, Enggan Bongkar Kisah Personal

Fatin Nurain