“Jangan Berani Lempang Isteri Aku Lagi!” – Ubai Sound Adik Ipar

Pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah, iaitu Ubaidillah Mz memberi amaran kepada adik iparnya, Amir Syafiq.

Menerusi platform X, Ubai memberi pesanan pedas kepada Syafiq untuk tidak menampar isterinya lagi.

“Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi. Aku TikTokers terhebat,” tulisnya.

Ketika siaran langsung Shila semalam di platform Instagram, pelantun lagu Jauh Hati ini mendedahkan adiknya itu bersikap kurang ajar terhadap suami kesayangannya itu.

Bukan itu sahaja, Shila turut berkata Syafiq tergamak menyentuh ibu mentuanya yang sudah meninggal dunia.

Dalam masa yang sama, Shila juga mendedahkan dirinya pernah ditampar oleh adiknya, Syafiq.

Sebelum ini, konflik keluarga Shila dan adik-beradiknya menjadi tumpuan ramai setelah adiknya, Syada mencetuskan isu dengan mengatakan mereka di halau seperti haiwan liar daripada kediaman mereka.

Susulan itu, Shila berkata dia terpaksa menggunakan kuasa veto dan mendedahkan tujuan sebenarnya menjual rumah tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada keluarga.

Kemudian, adiknya, Syafiq Amzah membuat siaran langsung mendakwa Shila mahu menjual kediaman mereka itu kerana mahu wang.

Shila tidak dapat menahan diri dan akhirnya menangsi di siaran langsung pada petang, Rabu tatakala berkongsi mengenai kepahitan yang dilaluinya yang dikatakan sangat toksik.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

Aqilah Paharuzi