“Perangai Kelaut, Tak Bertanggungjawab” – Bayaran Penuh Dah Dapat, Individu Dakwa Syada Amzah ‘Scam’ Review Produk?

Nama adik penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah sehingga kini hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial lebih-lebih lagi selepas pendedahan pelantun lagu Jauh Hati itu berhubung isu dalam keluarganya sehingga meledak di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu mendakwa Syada tidak memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasnya untuk review produk, meskipun telah mendapat bayaran dan persetujuan bersama.

Lebih parah, individu berkenaan turut mendedahkan perwatakan Syada yang dikatakan sangat teruk.

“Dah la sejenis tak bertanggungjawab, produk dah bagi.. Duit dah bayar tapi tak buat review as per agreed. Muda lagi tu perangai dah keluat.

“Tak ada siapa yang cakap halalkan payment dan produk itu, alsan sebab rumah banjir masa tu.. Jadi kita bagi solution, tak settle sampai makan tahun dah,” tulis individu berkenaan di platform X.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Syada berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, konflik keluarga Shila dan adik-beradiknya menjadi tumpuan ramai setelah adiknya, Syada mencetuskan isu dengan mengatakan mereka di halau seperti haiwan liar daripada kediaman mereka.

Susulan itu, Shila berkata dia terpaksa menggunakan kuasa veto dan mendedahkan tujuan sebenarnya menjual rumah tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada keluarga.

Kemudian, adiknya, Syafiq Amzah membuat siaran langsung mendakwa Shila mahu menjual kediaman mereka itu kerana mahu wang.

Shila tidak dapat menahan diri dan akhirnya menangsi di siaran langsung pada petang, Rabu tatakala berkongsi mengenai kepahitan yang dilaluinya yang dikatakan sangat toksik.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

Aqilah Paharuzi