[VIDEO] Vivy Yusof Gayakan Skirt Kristal Tarik Perhatian Netizen… Individu Dedah Harga Cecah RM16,000! – “Level Dia Macam Seringgit 60 Sen Je”

Nama usahawan terkenal Datin Vivy Yusof kembali disebut netizen apabila imejnya menjadi tumpuan baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di platform X (Twitter), terdapat individu yang memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan usahawan tersebut mengenakan pakaian serba cerah.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, Vivy mengenakan busana serba putih dan dipadankan dengan skirt kristal bewarna merah jambu ke sebuah acara.

Ternyata Vivy kelihatan sangat gembira apabila menggayakan fesyen tersebut yang boleh dikatakan sangat elegan dan ‘simple’.

Namun disebalik kecantikan itu, individu tersebut turut mendedahkan jenama dan harga skirt yang dipakai oleh Vivy itu.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik individu tersebut, skirt yang digayakan Vivy itu adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Ivan Young.

Namun apa yang membuat netizen tergamam adalah harga skirt kristal tersebut mencecah puluhan ribu ringgit. Harga yang dinyatakan adalah bernilai RM 16,899.00.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan harga skirt tersebut boleh melangsaikan hutang.

Khairil Khusyairi