Categories: HiburanTrending

“Maafkan Kami Adik-Beradik Berbalah, Bukan Salah Mak..” – Syada Amzah

Kemelut di antara penyanyi Shila Amzah bersama adik-beradiknya, Syada dan Syafiq semakin menjadi tumpuan dalam kalangan warganet, sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, adik perempuan penyanyi itu, Syada tampil memohon maaf kepada ibunya, Fauziah Sarman yang terpaksa menghadap kemelut di antara mereka adik-beradik.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Syada menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), semalam.

“Semoga mak diberikan kekuatan, ketenangan. Maafkan kami adik-beradik berbalah, bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.

“You did your best didik kami. Adah (Syada) sayang mak, Insya-Allah selagi nyawa ada. Adah cuba segala daya jaga mak,” tulisnya.

Terdahulu, adik lelakinya, Amir Syafiq mendakwa Shila telah mengasari ibunya dengan menengking dan menghinanya ketika seorang individu datang untuk menilai banglo milik keluarganya itu.

Sebelum ini, Shila tampil meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap tindakan adik-adiknya itu yang mendakwanya menghalau mereka dari rumah banglo tersebut ketika membuat live di Instagram, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis Ketika Live… Luah Rasa Kecewa, Shila Amzah Sifatkan Syafiq Narcissistic

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Fatin Nurain