Raf Yaakob Beri Respons Isu Isteri Kembali Buka Tudung -“Ini Adalah Privasi Kami & Kita Doa Yang Baik Saja”

Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob akhirnya tampil bersuara mengenai tindakan isterinya untuk kembali membuka tudung.

Menurut Raf, selain menyifatkan tindakan Mawar sebagai isu peribadi, dia juga tidak mahu memanjangkan isu ini kerana isterinya telahpun memberikan penjelasan mengenai keputusannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

ARTIKEL BERKAITAN:“Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Mengulas lanjut, Raf atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35, berkata, dia yakin dengan setiap keputusan yang dibuat isterinya selagi aktres itu masih tahu tanggungjawab yang diperlukan dalam rumah tangga.

“Ini merupakan hal peribadi antara saya dan Mawar serta antara Mawar dan Allah.

“Jadi, Mawar dah berikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ni.

“Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya perlukan dalam perkahwinan dan kami akan tangani poerkara ini secara peribadi.  Doakan yang baik -baik saja buat Mawar,” katanya.

Raf berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

 

Terdahulu, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik dua keping fotonya tidak memakai tudung di platform sama pada Selasa.

 “I tried, but I failed, I’m sorry,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Bukan Begitu Nak Jadi Penghuni Syurga, Ujian Tu Akan Angkat Darjat…” – Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Isu Mawar Rashid Kini ‘Free Hair’

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Tampil Buka Mulut – “Sungguh Semua Dah Berlaku Tapi Saya Masih Berusaha Jaga Hubungan Dengan Allah”

Salma Syahbuddin