Aiman, Zahirah Macwilson Malas Layan Isu ‘Diganggu’ Fathia Latiff

Pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengendahkan ‘gangguan’ daripada aktres sensasi, Fathia Latiff yang mengkritik mereka.

Menerusi laporan Berita Harian, Zahirah berkata dia tidak mahu melayan kontroversi membabitkan Fathia yang ‘menghina’ wajahnya seperti bibik, baru-baru ini.

“Saya rasa kalau nak komen, dah lama saya komen. Semua dah nampak kami macam mana selama ni,” katanya ringkas.

Berdasarkan video tular, Zahirah berkongsi caranya memperolehi kekuatan dalam menepis isu negatif.

Terdahulu, Zahirah tidak henti diganggu selebriti sensasi, Fathia Latiff sehingga memuat naik foto bekas kekasih, Aiman yang merupakan suami aktres tersebut.

Selain mengkritik wajah Zahirah seperti bibik, Fathia turut mengejek cara percakapannya serta meminta Aiman untuk memohon maaf secara terbuka.

Artikel Berkaitan: “Will Stop After You…” – Fathia Latiff Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Daripada Aiman Hakim

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “I Really Thought She Is…” – Masih Tak Berpuas Hati, Fathia Latiff Perli Gaya Zahirah Macwilson Cakap Bahasa Inggeris?

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi