Diana Danielle & Suki Low Duet Lagu Hasrat, Netizen Minta Buat Full Version

Penyanyi Diana Danielle dan Suki Low tampil menyanyikan lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari sempena kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh mereka dalam sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, mereka telah menyanyikan lagu itu secara harmoni sekali gus meraih perhatian ramai.

“Tuhan, izinkan ku cerita apa ku rasa.. Tahniah, Hasrat OST Imaginur @amirjaharimuzik,” tulisnya.

Terpegun mendengar gabungan dua suara itu, rata-rata pengikut meminta mereka menyanyikannya dalam versi penuh di ruangan komen.

Fatin Nurain