Aina Abdul Versi Dark Web? Ramai Terkejut Lihat Make Up Dato Seri Vida!

Personaliti dan usahawan terkenal Dato Seri Vida (DSV) boleh disifatkan sebagai seorang yang sangat periang, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

Terbaru, penampilan DSV mendapat perhatian orang ramai sehingga ada yang menggelar DSV sebagai Aina Abdul namun dalam versi ‘dark web’. Amboi, macam-macam ya!

Hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya dibanjiri dengan komen pengikut yang terkejut melihat hasil solekan DSV.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang berkata makeup DSV setanding dengan gaya penyanyi antarabangsa, Lady Gaga. Fuuh, hebat!

Menurut DSV, dia kini dalam proses penggambaran musik video untuk lagu terbarunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ yang dipercayai telah menelan kos sebanyak RM400,000. Wow!

“Rakaman mengambil masa 10 malam. Music video lima hari. Menelan kos sebanyak RM400,000!” tulisnya.

Apapun, komen-komen yang ditinggalkan oleh pengikut DSV hanyalah gurauan semata-mata.

Malah DSV juga tenang dan menerima segala usikan kerana dia juga sempat membalas komen netizen dengan emoji ketawa.

Aqilah Paharuzi