Pengeluaran KWSP Secara One-Off, Sebelum Ramadan Adalah Masa Paling Tepat

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one off nampaknya masih menjadi topik yang paling hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Walaupun sebelum ini kerajaan memaklumkan bahawa pengeluaran ini sukar untuk dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, namun majoriti pemegang akaun tersebut masih meletakkan harapan agar pengeluaran KWSP mereka sebanyak RM10,000 dibenarkan.

Terbaharu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpendapat masa yang paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP ini adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Malah, ahli parlimen Pekan itu turut mencadangkan empat langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.

Ini termasuklah, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP  serta kadar caruman majikan dinaikkan semula dan memulihkan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur -Singapura.

Perkara itu dikongsi Najib menerusi hantaran terkini di laman sosial Facebooknya.

 

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyambut baik cadangan itu dan berharap agar ia dapat diluluskan segera.

Salma Syahbuddin