Beri Sumbangan Derma Buat Anak Yatim, Nama Siti Sarah Kini Diabadikan Pada Musolla & Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas

Walaupun sudah lapan bulan pemergian penyanyi dan usahwan, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, kebaikan dan sikap suka bersedekah ketika hayatnya masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh suami arwah yang juga pelawak dan usahawan, Shuib, menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, Sarah pernah memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan dewan serbaguna yang pada ketika itu pembuatannya hanya siap 70 peratus sahaja pada awal Julai lalu.

Bagaimanapun, hasrat arwah untuk melihat musolla dan dewan serbaguna ini siap tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terkahir pada Ogos lalu akibat Covid-19.

“Allah Maha segalanya. Harini bila ia sudah pun siap arwah telah pun pergi buat selamanya.

“Tapi rezeki arwah dia diberi penghormatan bila mana musolla dan dewan ini diletakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu. Maka diberi lah nama Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas.

Sementara itu, Shuib juga mengakui bahawa sikap suka bersedekah yang menjadi amalan arwah ketika hayatnya turut mengajar beliau tentang kebaikan dan kelebihan amalan ini.

“Syukur Alhamdulillah. Hadiah buat awak sayang. Rezeki awak, alhamdulillah. Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.

“Semoga pahala terus mengalir untuk awak sayang. Insya Allah selalu kesini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating sayang. Semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil,” tulisnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Yang Dah Beranak Ni Hilang Mak Pun Sedih Sangat…” Tangisan Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:DSV Sambut Hari Jadi Anak Arwah Siti Sarah, Netizen Siap Usik – “Ini ‘Calon’ Ibu Terbaik…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hanya Mampu Panggil Nama Dia Je Bila Rindu…” – Raissuddin Hamzah Akui Terkedu Lihat Batu Nisan Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

ARTIKEL BERKAITAN:“I Miss You Mummy…” – Pertama Kali Bercuti Tanpa Ibu, Luahan Hati Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Salma Syahbuddin