4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Pelakon terkenal tanah air, Vanidah Imran kini bergelar graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya (UM).

Menurut pelakon jelita itu, beliau menyifatkan perjalanan dalam menghabiskan pengajian Sarjana itu penuh dengan tangisan dan keluhan sehingga pernah membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada pembelajaran.

Tambah pelakon The Red Kebaya itu, kejayaan yang dimilikinya kini seolah-olah masih dalam khayalan saja.

“Akhirnya sampai jua impian yang dimanifestasi sekian lama. Terasa bagaikan mimpi.

“Segala penat lelah, perit getir menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan,” tulisnya di Instagram.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan selebriti mengucapkan tahniah serta kagum di atas kejayaan yang dimiliki Vanidah.

Sementara itu, menerusi sebuah hantaran lain, Vanidah turut mendedikasikan kejayaan tersebut kepada bapanya, Imran Abdullah @ Indiran Koothayan yang menjadi sumber inspirasi dan penasihat kepada Vanidah.

Menurut Vanidah, dia sangat berterima kasih kepada bapanya kerana memberi didikan dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

“Abah, I am who I am today because of your unconditional love, segala restu, redha dan berkat doa for me.

“Thank you Abah for being strict when it comes to jaga maruah diri dan keluarga.

“Semoga Allah s.w.t panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik to be with me on my next journey for PHD. Insya-Allah… Aminn. I love you,” tulisnya.

Untuk rekod, Vanidah berusia 49 tahun dan telah menerima ijazah sarjana berkenaan pada Istiadat Konvokesyen Ke-61 Universiti Malaya semalam.

Aqilah Paharuzi