Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Umum mengetahui penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti berbasikal dan bermain badminton.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai percubaan penyanyi yang mesra dipanggil Tok Ti itu mengajak legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk bermain bersama.

@sitizones.official

#world #fypシ #fyp #xybzca #malaysia #indonesia #tokti #sitinurhaliza #sitizoner #sitizone #dlcw

♬ bunyi asal – Sitizone❤️ – Sitizone❤️

Video yang berdurasi beberapa minit itu merupakan sedutan Instagram Live Tok Ti yang telah dimuat naik oleh peminatnya di akaun TikTok Sitizoner.

Perkara yang menarik perhatian dalam Instagram Live tersebut adalah apabila Tok Ti sempat mencipta lagu secara spontan khas untuk Chong Wei.

“Hi Datuk Lee Chong Wei. I punya impian nak main badminton dengan you.

“Boleh tak kita main badminton suatu hari nanti?” kata Tok Ti kepada Chong Wei.

Ia disusuli dengan nyanyian spontan Tok Ti dengan bait lirik, “Suatu hari nanti dapatlah main badminton dengan Datuk Lee Chong Wei, boleh dapatkah tidak?”

Lantas, Chong Wei seolah memberi ‘green light’ kepada Tok Ti dengan berkata, “Boleh Dato’ Seri.”

Wah, penyanyi nombor satu bakal main badminton dengan pemain badminton nombor satu? Seronoknya!

Semoga impian penyanyi jelita itu akan tercapai. Sama-sama kita nantikan!

Aqilah Paharuzi