Categories: HiburanTrending

Air Mata Tumpah, Video Mizz Nina Tular – “First Time Tengok Dia Nangis”

Video yang memaparkan tangisan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina kini tular di laman TikTok.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ejust4u, pengguna itu memuat naik video Mizz Nina yang gagal menahan sebak dan menyeka air mata yang berlinangan dengan tisu.

Video menggunakan audio lagu Hijrah Cinta nyanyian asal Rossa yang dinyanyikan semula oleh Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai.

Difahamkan, video terbabit dirakamkan ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung 21 Ogos lalu anjuran Safinah Institute.

Mizz Nina hadir sebagai salah seorang tetamu yang membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.

Menerusi pemerhatian XTRA di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita ini.

Ada juga dalam kalangan netizen memohon pemilik akaun untuk memuat naik video asal tanpa sebarang muzik latar untuk mengetahui apa yang diperkatakan oleh Mizz Nina.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 717,000 tontonan, 75,600 tanda suka serta lebih 2,400 komen.

Padin