Airmata Gembira Iringi Pernikahan Rizman

Setelah lebih kurang dua tahun menyulam cinta, akhirnya pereka fesyen terkenal Rizman Nordin (35) dari label Rizman Ruzaini menikahi tunangnya Nurida Suraya (30) pada hari Jumaat di Glass House Seputeh.  Dengan sekali lafaz, Nurida sah menjadi milik Rizman. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun yang lalu setelah lebih setahun mengenali hati budi masing-masing. 

 

Sudah tentu 13 haribulan September akan sentiasa terpahat di memori Rizman dan Nurida sebagai hari yang penuh makna di mana pernikahan mereka diraikan oleh rakan-rakan selebriti seperti Fazura, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Fattah Amin, Erra Fazira, Ziana Zain dan Alvin Chong.

 

Kelihatan di majlis itu, Fazura yang sememangnya rapat dengan duo pereka fesyen Rizman Ruzaini dan menganggap Rizman sebagai salah seorang rakan karibnya tidak dapat menahan airmata gembira apabila kerap menahan sebak dan mengesat air mata semasa upacara pernikahan itu berlangsung.

 

Antara perkongsian pernikahan Rizman dan Nurida dari IG Fazura. 

 

 

 

Dari instastory @missfazura

 

Siapa yang tak sebak bila sahabat baik yang dikenali bertahun-tahun akhirnya bertemu pasangan hidup kan? 

Del14